Platform semakan hadis yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dan pemantauan pakar untuk membantu anda mendapatkan jawapan yang lebih cepat, dipercayai dan mudah difahami.
HadithXpert dibangunkan untuk orang awam, ustaz, pendakwah dan pengkaji. Justeru itu, ia mestilah mudah digunakan, dipercayai dan difahami.
AI dilatih dengan teliti bagi memahami konteks dan maksud soalan anda, bukan sekadar mencari perkataan yang sepadan.
Jawapan yang diberikan dipantau dan ditambah baik berdasarkan kepakaran serta pengalaman dalam bidang hadis.
Dibangunkan berasaskan kitab-kitab hadis dan sumber ilmiah yang boleh dirujuk serta disemak.
Anda boleh bertanya menggunakan Bahasa Melayu atau teks Arab dengan lebih mudah dan pantas.
HadithXpert dibangunkan dengan membandingkan keperluan masyarakat, amanah ilmu hadis serta kemajuan teknologi.
| Ciri-ciri | HadithXpert | ChatGPT | MyHadith (JAKIM) | Sunnah.com | SemakHadis.com | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Khusus Untuk Semakan Hadis | ✓ Ya | ✕ Tidak | ✕ Tidak | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya |
| Faham Soalan & Maksud | ✓ Ya | Terhad | ✓ Ya | Terhad | Terhad | Terhad |
| Carian Keyword & Semantik | ✓ Ya | Bergantung data | ✓ Ya | Keyword | Keyword | Keyword |
| Jumlah Data Yang Banyak | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya | Terhad | ✓ Ya | Terhad |
| Rujukan Hadis Disertakan | ✓ Ya | Bergantung data | Bergantung semakan | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya |
| Semakan Oleh Pakar Hadis | ✓ Ya | ✕ Tidak | ✕ Tidak | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya |
| Jawapan Ringkas, Tersusun & Mudah Difahami | ✓ Ya | Bergantung data | ✓ Ya | ✓ Ya | Sederhana | ✓ Ya |
| Menyokong Bahasa Melayu & Arab | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya | ✕ Tidak | ✓ Ya |
HadithXpert memberikan respon awal dengan pantas melalui AI. Selepas itu, jawapan akan disemak semula oleh penyelidik bagi memastikan maklumat lebih tepat, tersusun dan bermanfaat.
Masukkan hadis, terjemahan, petikan ceramah atau persoalan yang ingin anda semak.
Sistem AI akan memahami soalan dan memberikan jawapan awal dengan cepat kepada pengguna.
Anda boleh terus membaca jawapan awal yang diberikan, termasuk status, rujukan dan penjelasan yang berkaitan.
Penyelidik akan menyemak semula respon AI. Jika terdapat kesilapan atau kekurangan, pengguna akan dimaklumkan.
Jawapan yang hanya perlu diperbaiki atau ditambah baik akan dikemaskini dan diterbitkan dalam senarai Arkib.
Semua pengguna baharu boleh mencuba HadithXpert terlebih dahulu sebelum melanggan pakej bulanan atau tahunan.
Maklum balas pengguna membantu kami menambah baik HadithXpert agar lebih bermanfaat, tepat dan mudah digunakan.
Website yang sangat bagus. Perlu ditambahbaik dan dikemaskini dari masa ke masa. Terbaik
Terima kasih ustaz sebab manfaatkan penggunaan AI ni. Dulu saya pernah plan nak buat website hadis yg ada AI tapi ilmu tak cukup lagi pasal coding ni. Semoga usaha pemeliharaan hadis ni menghasilkan sarang pahala buat ustaz 🤲🏻.
MasyaAllah Barakallah fikum
saya dah pun gunakan AI engine binaan ust Syihab setelah sekian lama. insyaallah saya sangat berbesar hati untuk menyumbang. keep it up ustaz. tabarakallah
Sertai ribuan pengguna yang menggunakan HadithXpert untuk menyemak hadis dengan lebih cepat, tersusun dan mudah difahami.
Daftar Percuma Sekarang