Platform semakan hadis yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dan pemantauan pakar untuk membantu anda mendapatkan jawapan yang lebih cepat, dipercayai dan mudah difahami.
HadithXpert dibangunkan untuk orang awam, ustaz, pendakwah dan pengkaji. Justeru itu, ia mestilah mudah digunakan, dipercayai dan difahami.
AI dilatih dengan teliti bagi memahami konteks dan maksud soalan anda, bukan sekadar mencari perkataan yang sepadan.
Jawapan yang diberikan dipantau dan ditambah baik berdasarkan kepakaran serta pengalaman dalam bidang hadis.
Dibangunkan berasaskan kitab-kitab hadis dan sumber ilmiah yang boleh dirujuk serta disemak.
Anda boleh bertanya menggunakan Bahasa Melayu atau teks Arab dengan lebih mudah dan pantas.
HadithXpert dibangunkan dengan membandingkan keperluan masyarakat, amanah ilmu hadis serta kemajuan teknologi.
| Ciri-ciri | HadithXpert | ChatGPT | MyHadith (JAKIM) | Sunnah.com | SemakHadis.com | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Khusus Untuk Semakan Hadis | ✓ Ya | ✕ Tidak | ✕ Tidak | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya |
| Faham Soalan & Maksud | ✓ Ya | Terhad | ✓ Ya | Terhad | Terhad | Terhad |
| Carian Keyword & Semantik | ✓ Ya | Bergantung data | ✓ Ya | Keyword | Keyword | Keyword |
| Jumlah Data Yang Banyak | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya | Terhad | ✓ Ya | Terhad |
| Rujukan Hadis Disertakan | ✓ Ya | Bergantung data | Bergantung semakan | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya |
| Semakan Oleh Pakar Hadis | ✓ Ya | ✕ Tidak | ✕ Tidak | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya |
| Jawapan Ringkas, Tersusun & Mudah Difahami | ✓ Ya | Bergantung data | ✓ Ya | ✓ Ya | Sederhana | ✓ Ya |
| Menyokong Bahasa Melayu & Arab | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya | ✓ Ya | ✕ Tidak | ✓ Ya |
Lihat sendiri bagaimana AI HadithXpert membantu mengenal pasti hadis, memberikan jawapan awal serta mempercepatkan proses semakan hadis sebelum melalui semakan penyelidik.
Semua pengguna baharu boleh mencuba HadithXpert terlebih dahulu sebelum melanggan pakej bulanan atau tahunan.
HadithXpert memberikan respon awal dengan pantas melalui AI. Selepas itu, jawapan akan disemak semula oleh penyelidik bagi memastikan maklumat lebih tepat, tersusun dan bermanfaat.
Masukkan hadis, terjemahan, petikan ceramah atau persoalan yang ingin anda semak.
Sistem AI akan memahami soalan dan memberikan jawapan awal dengan cepat kepada pengguna.
Anda boleh terus membaca jawapan awal yang diberikan, termasuk status, rujukan dan penjelasan yang berkaitan.
Penyelidik akan menyemak semula respon AI. Jika terdapat kesilapan atau kekurangan, pengguna akan dimaklumkan.
Jawapan yang hanya perlu diperbaiki atau ditambah baik akan dikemaskini dan diterbitkan dalam senarai Arkib.
Maklum balas pengguna membantu kami menambah baik HadithXpert agar lebih bermanfaat, tepat dan mudah digunakan.
Alhamdulillah. Cara yg sgt mudah dan boleh d lakukn d mana sj. Semakan meliputi semua pandangan.
Antara yang termudah dan terbaik untuk pencarian status hadith dari Rasulullah s.a.w…..semoga ustaz Syihabudin Ahmad (serta sesiapa yang menyiapkan sesawang ini) beserta keluarga mendapat ganjaran yang sangat besar di dunia dan di akhirat. Jazakallahu khair.
Terbaik… Terima kasih Ust.
It’s a good apps to upgrade our knowledge about hadis and firman.
Sertai ribuan pengguna yang menggunakan HadithXpert untuk menyemak hadis dengan lebih cepat, tersusun dan mudah difahami.
Daftar Percuma Sekarang