🏠 Home ← Semak Hadis 📚 Semakan Terkini Daftar Percuma

Kelebihan Ilmuan berbanding Ahli Ibadah

Status Hadis
Sahih
Disemak oleh Syihabudin Ahmad

Lafaz Hadis

فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ

Terjemahan

Kelebihan orang alim berbanding dengan orang yang beribadah adalah seperti kelebihanku berbanding dengan yang paling rendah di antara kalian.

Penjelasan Ringkas

Hadis ini menggambarkan betapa pentingnya ilmu dalam Islam dan bagaimana kelebihan orang yang berilmu sangat tinggi berbanding dengan orang yang hanya beribadah tanpa ilmu. Ia mendorong umat Islam untuk menuntut ilmu dan menjadikan ilmu sebagai asas dalam amalan mereka.

Nota Tambahan

Hadis ini merupakan jawapan yang tepat terhadap sikap sebahagian pihak yang beramal tanpa berasaskan ilmu, sehingga melahirkan pelbagai amalan khurafat dan bidaah dalam agama yang sebenarnya dicela oleh syarak.