๐Ÿ  Home โ† Semak Hadis ๐Ÿ“š Semakan Terkini Daftar Percuma

Serigala Bercakap kepada Seorang Pengembala

โœ“
Status Hadis
Sahih
Disemak oleh Syihabudin Ahmad

Lafaz Hadis

ุจูŽูŠู’ู†ูŽู…ูŽุง ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฑูŽุงูƒูุจูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ุจูŽู‚ูŽุฑูŽุฉู ุงู„ู’ุชูŽููŽุชูŽุชู’ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ู„ูŽู…ู’ ุฃูุฎู’ู„ูŽู‚ู’ ู„ูู‡ูŽุฐูŽุงุŒ ุฎูู„ูู‚ู’ุชู ู„ูู„ู’ุญูุฑูŽุงุซูŽุฉูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุขู…ูŽู†ู’ุชู ุจูู‡ู ุฃูŽู†ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุจููˆ ุจูŽูƒู’ุฑู ูˆูŽุนูู…ูŽุฑูุŒ ูˆูŽุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุงู„ุฐู‘ูุฆู’ุจู ุดูŽุงุฉู‹ ููŽุชูŽุจูุนูŽู‡ูŽุง ุงู„ุฑู‘ูŽุงุนููŠุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุฐู‘ูุฆู’ุจู: ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽุจูุนูุŒ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ู„ูŽุง ุฑูŽุงุนููŠูŽ ู„ูŽู‡ูŽุง ุบูŽูŠู’ุฑููŠุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุขู…ูŽู†ู’ุชู ุจูู‡ู ุฃูŽู†ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุจููˆ ุจูŽูƒู’ุฑู ูˆูŽุนูู…ูŽุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุณูŽู„ูŽู…ูŽุฉูŽ: ูˆูŽู…ูŽุง ู‡ูู…ูŽุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ูููŠ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู.

Terjemahan

โ€œKetika seorang lelaki sedang menunggang seekor lembu, tiba-tiba lembu itu berpaling kepadanya lalu berkata: โ€˜Aku tidak diciptakan untuk tujuan ini. Aku diciptakan untuk membajak tanah.โ€™ Maka Nabi ๏ทบ bersabda: โ€˜Aku beriman dengan perkara itu, begitu juga Abu Bakar dan Umar.โ€™ Dan seekor serigala telah menyambar seekor kambing, lalu pengembalanya mengejarnya. Maka serigala itu berkata: โ€˜Siapakah yang akan menjaganya pada hari serigala (hari berlakunya huru-hara dan fitnah), ketika tiada lagi pengembala baginya selain aku?โ€™ Maka Nabi ๏ทบ bersabda: โ€˜Aku beriman dengan perkara itu, begitu juga Abu Bakar dan Umar.โ€™

Penjelasan Ringkas

Hadis ini menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah, iaitu Allah mampu menjadikan haiwan berbicara apabila Dia kehendaki. Sabda Nabi ๏ทบ, โ€œAku beriman dengannya, begitu juga Abu Bakar dan Umar,โ€ menunjukkan keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap perkara-perkara luar biasa yang disampaikan oleh Baginda sekalipun jika mereka tidak melihat peristiwa berkenaan secara langsung.

โœฆ
Nota Tambahan

Dalam hadis ini, Nabi ๏ทบ hanya menceritakan bahawa serigala itu bercakap, namun tidak disebut adanya perbualan dua hala antara serigala dan pengembala.