๐Ÿ  Home โ† Semak Hadis ๐Ÿ“š Semakan Terkini Daftar Percuma

Umar Menangis Kerana Bunuh Anak Perempuan?

โœ•
Status Hadis
Palsu
Disemak oleh Syihabudin Ahmad

Lafaz Hadis

ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ุฌูŽุงู„ูุณู‹ุง ู…ูŽุนูŽ ุจูŽุนู’ุถู ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ูุŒ ุฅูุฐู’ ุถูŽุญููƒูŽ ู‚ูŽู„ููŠู„ู‹ุงุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุจูŽูƒูŽู‰ุŒ ููŽุณูŽุฃูŽู„ูŽู‡ู ู…ูŽู†ู’ ุญูŽุถูŽุฑูŽุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ูƒูู†ู‘ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽุงู‡ูู„ููŠู‘ูŽุฉู ู†ูŽุตู’ู†ูŽุนู ุตูŽู†ูŽู…ู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุฌู’ูˆูŽุฉูุŒ ููŽู†ูŽุนู’ุจูุฏูู‡ูุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ู†ูŽุฃู’ูƒูู„ูู‡ูุŒ ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ุณูŽุจูŽุจู ุถูŽุญููƒููŠ. ุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุจููƒูŽุงุฆููŠุŒ ููŽู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู„ููŠ ุงุจู’ู†ูŽุฉูŒุŒ ููŽุฃูŽุฑูŽุฏู’ุชู ูˆูŽุฃู’ุฏูŽู‡ูŽุงุŒ ููŽุฃูŽุฎูŽุฐู’ุชูู‡ูŽุง ู…ูŽุนููŠุŒ ูˆูŽุญูŽููŽุฑู’ุชู ู„ูŽู‡ูŽุง ุญููู’ุฑูŽุฉู‹ุŒ ููŽุตูŽุงุฑูŽุชู’ ุชูŽู†ู’ููุถู ุงู„ุชู‘ูุฑูŽุงุจูŽ ุนูŽู†ู’ ู„ูุญู’ูŠูŽุชููŠุŒ ููŽุฏูŽููŽู†ู’ุชูู‡ูŽุง ุญูŽูŠู‘ูŽุฉู‹.

Terjemahan

Bahawa beliau, semoga Allah meredhainya, sedang duduk bersama beberapa orang sahabatnya. Tiba-tiba beliau ketawa sedikit, kemudian menangis. Lalu orang yang hadir bertanya kepadanya. Maka beliau berkata: โ€œPada zaman jahiliah dahulu, kami membuat berhala daripada kurma (สฟajwah), lalu kami menyembahnya, kemudian kami memakannya. Itulah sebab aku ketawa. Adapun sebab aku menangis ialah kerana aku mempunyai seorang anak perempuan. Aku berhasrat untuk menanamnya hidup-hidup. Lalu aku membawanya bersamaku dan menggali sebuah lubang untuknya. Ketika itu dia mengibaskan tanah yang terkena pada janggutku. Kemudian aku menanamnya hidup-hidup.

Penjelasan Ringkas

Amalan menanam anak perempuan hidup-hidup (waโ€™d) bukanlah adat yang tersebar luas dalam kalangan orang Arab sekalipun ada orang yang melakukannya. Bahkan, perkara itu juga tidak masyhur dalam kabilah Bani สฟAdi dan keluarga al-Khattab. Jika Bani `Adi dan keluarga al-Khattab melakukannya, nescaya tidak akan hidup Hafsah (anak sulung Umar) yang akhirnya menjadi isteri Nabi Muhammad SAW, demikian juga Fatimah (adik perempuan Umar). Hafsah dilahirkan lima tahun sebelum kerasulan Nabi ๏ทบ, namun beliau tidak ditanam hidup-hidup.

โœฆ
Nota Tambahan

Tidak ada kitab hadis, sirah mahupun Fikah Ahli Sunnah yang menceritakan kisah ini.

Rujukan Tambahan

๐Ÿ“— Dirฤsah Naqdiyyah fฤซ al-Marwiyyฤt fฤซ Syakhแนฃiyyah สฟUmar bin al-Khaแนญแนญฤb wa Siyฤsatihi al-Idฤriyyah, jil. 1, hlm. 111โ€“112.